November 26, 2010

indah itu kamu!

aku cuma ada ini
yang mungkin kosong pada kamu
tapi ini segala2nya untuk aku

biar yang datang itu bulan, bintang, meski indah sang pelangi
tetap
hanya ini yang aku mahu
genggamkan
pegangkan
kejapkan
erat2 dalam kecil jemari sang aku

namun pada mampu yang kerdil, dikit ini
gusar aku
apa bisa aku cinta
seperti aku dicinta
dibelai
dijaga
dimanja kamu

kamu terlalu indah buatku

untuk sakit yang sering aku palitkan pada tenang riakmu
aku cuma mencuba untuk menjadi sempurna pada kamu
di mata kamu
untuk kamu
hanya kamu
walau mungkin jengkel pada kamu yang tak menahu...

2 comments:

HSMJ said...

ceknon..ini lyric ke cenon coret sndr..mcm best;)

Perempuan said...

alhamdulillah jari kecil masih gagah menlakar, minda masih ligat menterjemah runcing rasa kurniaan yg Esa :) thanks cik jirapah cyg :)klu lyric or puisi kopi-paste cik aly tgk bwhnya sy link kn terus source nya :)