September 26, 2012

Carlisle. 16:41pm, 14 Januari 2014.


Assalamua'laikum.
Mubs.

Kaget.

Ralf!

Senyum.

Pandangan bertaut.
Mata kami tersenyum, sedang bibir kejap, lidah kelu walau untuk sepatah kata.

Hey, berangan! Assalamua'laikum cik Mubarridul'ain.

Senyum.
Lagi. 
Ah, lesung pipit tu..

Wa'alaikummussalam.

Salam disambut, perlahan. 
Mata dikelip, lama. Melawan getar di dada.
Dengan payah, mencuba untuk senyum. Hambar. 

Lukisan, kau punya? 

Em. Macam tu lah.
Hey, kau masih kat sini..aku ingat kau dah balik Malaysia..

Ada getar pada suara si perawan. 
Mencuba memecah kaku. Spontan, seperti dulu. Lama dulu.

Tak, tak. Aku masih kat sini. Kau sambung belajar? Aku nampak kat Facebook kau.

Ahh. Haah.

Matanya jatuh ke tanah, memandang sepi guguran daun maple yang menutupi jalan yang terbentang di hadapan bangku, tempat letak susuk tubuhnya. 

Senyum kosong.
Kaki kecil yang tersarung sepatu kuning mustard Marie Clairenya digoyang2. 

Lama kau hilang. Langsung hilang, Ralf. Kau sihat?

Alhamdulillah, macam ni lah. Sekeping.

Ketawa kecil.
Cukup untuk menampakkan lesung pipit di kiri kanan pipinya. Lesung pipit yang sekian lama dirindu, saban malam diseru -- mahu.

Aku ada je Mubs. Kau yang tak pernah perasan. Hampir setiap hujung minggu aku bertandang ke mari, nun di bangku hadapan de'Carfe sana. Memerhati. Cuma kau yang tak nampak.

Haha. Ada-ada sajalah kau Ralf. Kau masih dengan company sama? Germany, kan?

Bosannya kau ni. Bertahun tak jumpa, soal kerja juga yang kau suakan dulu. 
Kaulah. You, hows life? 

Haha. Ada-ada saja kau ni. Yep yep, aku pun, Alhamdulillah. Kecil, tapi masih bernafas.

Berbalas senyum.

Berbualan langsung mati.
Untuk beberapa ketika, hanya desir angin yang menyapa cuping telinga.

Sang teruna membetulkan duduk, membongkok sedikit. Jemari kiri dan kanan disilang pada letak tangan beralaskan peha.

Mendengus perlahan. Memandang dari hujung mata.

Aku selalu nampak kau kat sini. Dengan beg pedang kau tu. Haha. Beg lukisan kau maksud aku. Kadang-kadang bertangan kosong. Menyusur tebing sana, bermain-main dengan anak kecil dihujung lorong dekat bangunan Louis Vuitton Hennessy tu.
Sendiri. 
Maksud aku, selalunya kau sendiri.

Sedikit kaku.
Duduknya ditegakkan kembali. Nafas ditarik, dalam. Menyelam jauh ke anak mata sang perawan. Seolah menggagau sesuatu yang lama hilang.

Em..masih?

Kau jangan begini, Ralf. Tak keruan aku.
Pipinya terasa hangat, menahan segan (tapi mahu).

Mengukir senyum.
Cuba bersahaja, melawan canggung.

Wow. Thats random, Ralf. Sooo not you. Soalan apa tuuu..haha! 

Ketawa kami bersatu.

Hum. Kau stalk aku ya? Rindu? 

Ketawa kecil.

Macam yang kau nampak, macam tulah. Kalau sendiri, sendirilah. Tak lebih, tak kurang. Kau? 


Membalas pandang, tunduk, senyum.

Aku? Samalah. Apa yang kau nampak, itulah. 
Tak lebih tak kurang.
   Masih sama --

   Tunggu kau.