October 04, 2012

saat Tuhan memilih takdir yang paling tak kita jangkakan

Yang paling indah itu apa, awak tahu?

Bila jemari awak begitu dekat (dekat sekali) meraih awan, perlahan Tuhan tiupkan hitam. Ya, hitam. Gelap. Pekat. Kelabu awan awak. Saat tu, ragu dan mahu mula berbaur. Berbolak balik perasaan awak. Dan sedang asyik menimbang rasa, tanpa sedar titis hujan menolak jemari awak. Lembut. Dan dingin sekali. Menolak tunjuk arah kembali ke bumi. Yang cuma akan awak perasan saat terpandangkan awan yang kelihatan sayup di dada langit sana. Dan awak,

mendongak senyum.

:)

No comments: