November 29, 2010

cemburu sang bidadari syurga :)

Aku bertanya “ Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”
Beliau menjawab “ Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat”
Aku bertanya "Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?”
Beliau menjawab “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiaannya berwarna hijau, perhiasaannya kekuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas”
Mereka berkata “Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya”

(HR Tbahari dari Ummu Salamah)

kalian tahu, wanita mulia adalah penghulu kepada para bidadari di syurga sana..jadi untuk apa dicemburukan pada indah sang bidadari syurga, bilamana kita mampu sehebat, malah lebih mulia dari mereka?..jagakan solat, puasa, ibadah dan patuh pada suami, insyaAllah..moga kita antara yang bakal dinobatkan menjadi penghulu para bidadari syurga :)

Bukan dari tulang ubun ia dicipta
Sebab berbahaya membiarkannya dalam sanjungan dan puja
Tidak juga dari tulang kaki
Kerana nista menjadikannya diinjak dan diperbudak
Tetapi dari rusuk kiri
dekat di hati untuk dicintai
Dekat di tangan untuk dilindungi :)

No comments: