September 11, 2012

cuma cinta yang dirahsiakan

itulah pungguk
yang hanya mampu mengintai dari kejauhan, di balik selerak awan
mahu digapai, ah tinggi tak tercapai

lalu, matanya dikatup rapat, senyum, dan mencuba memeluk
-- bayang
ya, cuma bayang
dan cukup untuk buat dia tersenyum

dan bila diasak tentang celaru jiwa, patahnya rasa saat cinta diolok2kan,
dia cuma mampu mengukir senyum

bisiknya,
tenang. paling tidak, kamu punya ruang membisik mahu. sedang aku, takkan mampu.

No comments: