July 17, 2012

saat hatinya gusar pada takdir Tuhan

Umi tahu. faham benar dia dengan isi hati kakak.
Tentang jiwa yang dah lama hilang, mati.

"Paranoid, umi.."

Ya, umi jelas tentang ini. Tapi, kapan waktu kakak mahu begini, sayang? Dah 6 tahun, dan kakak masih hidup bernafaskan kenangan dengan orang yang dah mati??

"Umi!"

Kakak, pandang umi.

Dia, lebih dari jiwa umi. Dia syurga, nyawa, segala2 bagi umi. Dan lebih dari apa yang kakak duga, dia juga masih hidup dalam setiap denyut nadi umi. Tapi, hidup perlu diteruskan, sayang. Allah ambil dia sebab Allah nak gantikan dengan yang lain. Dan menolak setiap yang Allah hadirkan itu, menongkah takdir namanya, sayang.

"Gantikan dengan yang macam mana umi? Yang sedang kita hadapkan sekarang? Dan kiranya, titis air mata umi saban malam itu, titis gembira? Bahagia?"

Kakak..
Apa pernah umi gusarkan kakak dengan lohong perit yang umi lalui selama ni?.. Umi redha kak, andai ini yang Tuhan tuliskan untuk umi. Malah lebih dari tu, umi bersyukur, dengan dia, umi dikurniakan kakak; jiwa yang membolehkan umi untuk terus bernafas.

"Umi, bukan kakak mahu menongkah takdir, menunding banding setiap yang sudah Tuhan tuliskan untuk kita. Kakak..kakak takut umi..kakak takut, kakak tak sekuat umi. Kakak takut, apa yang kakak takutkan selama ni jadi kenyataan. Kakak trauma, umi.."

Kakak..
Takkan selamanya langit itu mendung. There will always be rainbow after the rain. Siapa kita untuk menolak setiap yang Tuhan hadirkan dalam langkah kita ni kak. Soal kuat, Tuhan takkan pernah membebankan hambaNya dengan beban yang tak tertanggung. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita, kak..

[At Taghaabun:11]
Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

No comments: