entah untuk kali yang ke berapa dia menghalwakan ke hadapan bintang jatuh; antara puisi indah yang dia agungkan. ah tapi yang diagungkan itu bukanlah dekat dengan erti kata 'setuju'. tak. langsung jauh. cuma tertarik pada kisah si anak kecil yang begitu indah menilaikan cinta, sedangkan dia tidak.
ya. dia pemuja puisi cinta. tapi tak pernah walau satu yang dia merasakan 'ya cinta itu begitu cantiknya'. haluannya langsung bercanggah. kalau mahu ditafsirkan dalam lenggok politik, harusnya dia adalah parti pembangkang yang terpaling ekstrim. itu dia.
padanya, tulisan2 yang disuakan di matanya bagainya terlalu sempurna. seorang perempuan itu, walau semalang mahupun sekeji mana pun dia, pasti akan tetap ditemukan dan dicintakan lelaki terpaling sempurna dalam hidupnya. tapi lain pula apa yang dihadapnya - terlalu compang camping. jauh realitinya cela dan rompang terkoyakkan sana sini.
ujarnya, dia melihat dan menilai. memerhati saat satu persatu yang terang indah itu balam. kecundang bila rasa itu padam. sudahnya yang tersisakan hanya cinta yang disampahkan (pinjam ini ya k.fynn). dan bilamana pengakhiran yang terpaparkan hanya derita dan yang tersingkapkan hanya dusta; bagaimana agaknya harus dia langsung mahu percaya 'tak semua cinta itu perit dipenghujungnya'? dia buntu. hanya mampu memandang kosong pada elok baris "and they live happily ever after..".
bukan dia tak pernah bercinta. pernah. tapi yang itu biarlah. mahu disimpan katanya. kalau Tuhan sudah tutupkan aib buatnya, apa gila mahu dibongkarkan semua?? jadi biarkan dia dengan silamnya. pokoknya sekarang dia tiada lagi rasa untuk itu. tidak punya kuasa dan masa. belum mungkin (ini ujar rakannya, dan aku di antaranya).
kerana dia mula merasakan apa yang terbentangkan di hadapannya itu adalah terlalu realiti. tiada rasa kekal seindah rassendyll dan flavia mahupun seutuh merong mahawangsa dan embok. baginya cinta itu terlalau awangan. khayalan. manusia itu yang ghairah mendefinisikan cinta dengan yang cara yang pelbagai. hakikat yang wujud hanya kosong semata, yang bukan infiniti, bahkan sifar. ah, cinta manusia katanya. manusia lantas akan mati. rasa juga akan pergi.
jangan disalahertikan. dia bukan semata lihat dan nilai. setahu aku dia sendiri punya kisah usang yang jauh tersorokkan dari teman taulan; lohong rasa yang elok tersimpankan agar tak tercicir merata. di luarnya diukir senyum dan tawa. agar tiada yang terkesankan palit pilu pada sepasang mata cantik miliknya. dan ternyata gagahnya hebat - mampu menutupi semua. tapi soalnya sampai bila?
dan ringkas jawabnya; mungkin sampai bila bila, kerana nyata aku ini munafik pada rasa.
dan aku diam tergamam.
No comments:
Post a Comment