February 18, 2011

tangis si anak kecil

Dan anak kecil itu masih teresak2..

Ah..bagaimana harus aku pujukkan.. Cekelat? Lolipop? Atau..gula2 kapas? Aduhai anak kecil..jangan begini..diamlah sayang..mamamu nanti pasti akan kembali. Takkan lama dia biarkan kau sendiri. Kasih ibu itu aku yakin sampai mati. Kita doa ya..
Syhh..mari..aku lapkan air matamu..

Kakak..

Kenapa mama tinggalkan aku di sini? Mama tak tahu ke sini terlalu sejuk untuk tubuh sekecil aku..rongga nafasku perit kak..seluruh tubuh kecil ini hancing dibaluti hanyir longkang kak..habis lunyai cebis kain yang tersarung pada kekujur aku..aku takut kak..tidur malamku dihambat salakan anjing..terlalu dekat pada cuping aku kak..seluruh tubuh aku sakit sangat kak..tangis aku tak mampu menghambat semut2 kecil dan hurung sang lalat. habis luka2 semuanya..pedih sangat kak..dan saat guruh bergempita, aku jadi kecut kak..apa aku akan terbawa pergi oleh deras hujan..atau mungkin hancur tertolakkan arus longkang..apa masih mampukah untuk aku terus bertahan..

Kakak..

Aku takut saat tubuh aku membiru, apa mama bisa kenali aku..apa mama masih ingin menangis memeluk aku..aku takut aku tampak kotor dan jijik di hadapan mamaku nanti..pasti nanti untuk memandang pun mama tak sudi..

Kakak..

Ambillah aku..jagakan aku..aku mahu terus bernafas..aku mahu seperti anak2 kecil lain yang riang berlari..aku mahu dewasa seperti kakak..nanti akan aku jaga kakak seperti kakak jagakan aku dulu..ya?

*diam

ah..
Bohonglah aku mahu hidup semata2 untuk balaskan budimu kak..
Jujurnya..
Aku cuma mahu terus berhidup..
Aku mahu dewasa..
Aku..aku mahu temukan mamaku kak..

Persetan tohmah apa yang bakal aku hadapkan..aku cuma mahu terus bernafas agar aku bisa dakapkan mama..agar nanti bisa aku dapatkan jawapan untuk soal penting yang menghenyak jiwa anak kecil ini; yang kuatkan aku untuk terus menyedut pada nafas yang dikit ini kak..

Mama..

Lihatlah pada sepasang mata kecil ini..aku ini benih yang terhasilkan bukti cinta dan kasihmu pada yang kau gelar kekasih agung itu..yang terlahirkan dari rahimmu ma..yang dengan cebis kain batik usang, kau tertinggalkan bersama hanyir longgok sampah, bertemankan perit gigitan sang semut merah..yang tiap saat berdoa mengharapkan ihsan untuk diambil pulang..

Mama..

Andai bisa aku dapatkan jawapan untuk soalku yang lama tersimpankan ini ma..

;apa salah akukah bila mata2 memandang jijik pada aku, anak kecil yang terlahirkan dari rahim si ibu yang terlalaikan pujukkan sang lelaki durjana, hingga kau, malah seisi dunia begitu tak berkehendakkan aku ma?

1 comment:

UkhwahOnline said...

Innalillahi wa inna ilaihirajiuun..
katakan demi Allah buat si kecil itu..

Nauzubillah hi min zaalik..
katakan demi Allah pada 'perbuatan itu'.. semoga kita terhundar dan terpelihara daripadanya..

Insyaallah..
syurga buatmu si kecil..

Insyaallah..
Pintu-pintu taubat masih terbuka buat si 'ibu' dan 'ayah'..

Salam..
buat kakak.. semoga ini jd pengajaran buatmu.. suci dan hina siapa tentukan.. cinta dan nafsu apa bezanya..