February 12, 2011

D I A Maha Pengampun

Anas r.a mengkhabarkan Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t berfirman:

Maksud hadith:
"Hai bani Adam, selama engkau berdoa dan berharap kepadaKu, Aku ampunkan semua yang telah berlaku dan terjadi pada kamu, dan tidaklah Aku hiraukan betapa banyaknya hai bani Adam.
Andainya dosamu memuncak langit, kemudiannya engkau meminta ampun kepadaKu, Aku ampunkan bagimu, dan tidaklah Aku hiraukan betapa banyaknya, hai bani Adam.
Seandainya engkau datang kepadaKu dengan membawa dosa sepenuh bumi, asalkan tidak engkau menyekutukan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku isi semua itu dengan pengampunanKu,"

No comments: