udaranya masih sama
tapi kenapa terlalu canggung rasanya
menggagau untuk menyedut nafas pada rutin yang lazim
kenapa ya..
seolah hilang salur yang dua
sesak dalam damai
nafas berombak kencang
laju bagai merebut udara yang tipis
perlahan dan berdikit-dikit
payah dan perit..
sakit..
Tuhan..
aku perlu sakinah
mahu sakinah
nanar aku begini
Allahu Rabbi..
bantu aku pada nafas yang perlahan
untuk aku qiam kembali
terus bangkit mengejar pelangi..
No comments:
Post a Comment