October 19, 2010

jiwa jiwa kecil


lewat kebelakangan ini
kala tangan2 kecil ini erat menggenggam
kala suara2 kecil ini menyatu dalam teriak girang seperti selalu,
ironinya aku merasakan canggung sekali
semacamnya bercaca kala jazz berentak riang
ya
ralat itu umpamanya begitu

aku kira
barangkali jiwa2 kecil ini sudah jauh
memberontak cemuh pada lima yang kukira sudah terlalu lama mungkin
lima yang sepertinya sudah kian pudar indahnya

*entah
barangkali aku kata

jiwa2
andai yang barangkali itu jujur pada bait yang ada
mahu aku pada kamu2
untuk rasa yang apa sekalipun
kita2 jangan berantakan begini
lima itu terlalu lama untuk ditukar ganti
kuatlah untuk kali yang ini
kerana aku masih ingin mengenggam
lewat enam, tujuh, lapan, dan walau seratustigapuluhempat juta menjengah nanti

No comments: