Hawaku..
Meski aku Adam, gagah pada luaran,
Adakalanya aku juga tewas dalam godaan.
Walau aku pemimpin Khalifah bagimu,
Aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu..
Nafsuku 1, akalku 9,
Namun yang 1 itu sering menjadikan aku di luar kawalan,
Kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawi,
Lemas dalam dunia sendiri..
Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya,
Kerana sesungguhnya di sebalik seorang lelaki,
Berdirinya seorang srikandi..
Hawaku..
Walaupun aku durjana duniawi,
Aku juga impikan wanita solehah sebagai suri.
Jesteru, ingatkan aku agar tingkatkan ibadah,
Kelak aku bisa menjadi suami soleh yang mendamaikan hati..
Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan Kalamullah,
Agar dapat aku memandumu ke syurga al-Jannah.
Sedarkan aku agar mengejar keredhaan ar-Rahman,
Agar hidupku sentiasa aman.
Bangunkan aku bertahajud bersamamu,
Agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untukku..
Srikandiku..
Aminkan setiap doa bacaanku, moga nanti luas syurgamu..
& taat dan patuhilah aku,
Moga kelak solehah menjadi milikmu..
Hawaku..
Aku suka jika kau menutup auratmu
Daripada pandangan buas durjana.
Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi,
Sebaiknya kau titipkan buat zaujmu kelak..
Aku suka jika kau bidadari yang sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi.
Aku suka kalau kau bersifat keibuan
Supaya kelak zuriatku penuh dengan kesantunanmu..
& ketahuilah Hawaku,
Bahawa aku lebih suka jika kau pandai berdikari,
Agar kelak kau mampu berdiri sendiri.
Lebih indah andai dikau dihiasi peribadi mulia,
Kerana itu adalah sebaik-baik hiasan dunia..
Hawaku..
Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah,
Agar harga dirimu tidak terlalu murah
& lebih elok jika kau mampu berfalsafah,
Kerana itu simbol mar’ah fatonah..
Srikandi Cintaku..
Peliharalah agamamu seperti mana auratmu terjaga rapi,
Siramilah hatimu dengan taqwa sebagai bekalan menghadap Ilahi,
& hiasilah peribadimu dengan sifat mahmudah,
Agar kelak permaisuriku tidak dipandang lemah..
Hawaku..
Moga dikau selalu hadir untuk mengejutkan aku,
Adammu yang sering terleka dan alpa..
& yakinlah suriku, bahawa janji Tuhan itu pasti..
Moga kelak Hawaku ini bakal menghuni al-Firdausi..
July 03, 2010
Bingkisan tulus dari Adam untuk Hawa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment